Cara sejarah carian anda dikendalikan dalam ciri Temukan perniagaan

Android
Ciri Temukan perniagaan membantu anda mencari dan menghubungi perniagaan di WhatsApp.
Anda boleh mencari perniagaan dengan selamat, cepat, dan mudah dengan membuka WhatsApp, mengetik Perniagaan, dan menggunakan pilihan carian TERBAHARU. Carian TERBAHARU disenaraikan di bawah kotak carian. Apabila anda mula menaip, pilihan carian TERBAHARU akan dikemas kini dengan penyenaraian perniagaan mengikut aksara atau teks yang dimasukkan dalam kotak carian.
Sejarah carian anda hanya akan disimpan pada telefon anda. Sejarah carian hanya tersedia selama 90 hari sejak kali terakhir digunakan, sebelum dipadamkan secara kekal. Sila ambil perhatian bahawa hanya 50 carian anda yang terbaharu akan disimpan dan kesemuanya akan dapat diakses di bawah carian terbaharu.
Mengosongkan carian terbaharu
  1. Untuk memadamkan carian terbaharu anda, ketik KOSONGKAN SEMUA.
  2. Ketik KOSONGKAN SEMUA pada tetingkap timbul pengesahan sekali lagi.
  3. Sejarah carian terbaharu anda akan dipadamkan.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak