Tidak dapat menggunakan panggilan desktop

Web dan Komputer meja
Windows
Jika anda menghadapi masalah membuat atau menerima panggilan desktop:
  • Pastikan komputer dan telefon anda disambungkan melalui Internet dan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh.
  • Kemas kini WhatsApp kepada versi terkini yang tersedia.
  • Pastikan bahawa peranti anda menyokong panggilan desktop. Panggilan desktop tersedia pada Windows 10 64-bit versi 1903 dan lebih baharu serta macOS 10.13 dan lebih baharu.
  • Pastikan anda mempunyai mikrofon, kamera dan pembesar suara.
  • Selesaikan masalah mikrofon dan pembesar suara anda melalui tetapan bunyi komputer anda.
  • Gunakan set kepala untuk audio terbaik. Menggunakan mikrofon dan peranti pembesar suara luaran yang berasingan boleh menyebabkan gema.
  • Pastikan kamera anda tersedia.
  • Pastikan anda telah memberikan kebenaran untuk WhatsApp mengakses mikrofon dan kamera anda.
Nota:
  • Panggilan grup tidak disokong pada WhatsApp Desktop pada masa ini.
  • Peranti audio dan video maya tidak disokong.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak