Cara menghantar media, kenalan atau lokasi

KaiOS
Anda boleh menghantar emoji, media, kenalan atau lokasi dalam mesej WhatsApp.
Menghantar emoji, media, kenalan atau lokasi
  1. Buka sembang WhatsApp.
  2. Tekan +.
  3. Pilih perkara yang ingin anda hantar, kemudian tekan:
    • Emoji untuk memilih dan menghantar emoji.
    • GIF untuk memilih dan menghantar GIF.
    • Gambar untuk mengambil foto menggunakan Kamera anda atau pilih foto daripada Galeri anda. Anda juga boleh menambah kapsyen pada foto anda.
    • Video untuk mengambil video menggunakan Kamera anda atau memilih Video daripada telefon anda. Anda juga boleh menambah kapsyen pada video anda.
    • Audio untuk menghantar fail audio sedia ada daripada telefon anda.
    • Kenalan untuk menghantar maklumat kenalan yang disimpan dalam buku alamat telefon anda.
    • Lokasi untuk menghantar lokasi anda atau tempat berdekatan.
  4. Tekan Hantar.
Nota: Saiz fail maksimum yang dibenarkan untuk semua foto, video dan fail audio untuk dihantar atau dimajukan melalui WhatsApp adalah 10 MB pada telefon dengan memori 512 MB, dan 5 MB pada telefon dengan memori yang rendah.
Menyimpan media
Sekiranya anda ingin menyimpan media yang anda terima dalam WhatsApp, tekan Pilihan > Tetapan > Sembang > Tunjukkan media dalam Galeri. Foto dan video akan disimpan pada Galeri dan Video telefon anda.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak