Cara menggunakan label

Label membantu anda mengurus dan mencari sembang serta mesej anda dengan cepat. Anda boleh mencipta label dengan warna atau nama yang berbeza, dan menambahkannya pada seluruh sembang atau mesej tertentu dalam satu sembang.
Mencipta label
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Ketik SEMBANG > Pilihan lain
    > Label.
  3. Ketik Tambah > masukkan nama label > ketik OK.
Nota: Anda boleh mencipta sehingga 20 label.
Menggunakan label pada sembang
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Ketik dan tahan sembang > ketik Label
    .
  3. Pilih label yang diingini > ketik SIMPAN.
Menggunakan label pada mesej
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Ketik dan tahan mesej > ketik Pilihan lain
    > Labelkan mesej.
  3. Pilih label yang diingini > ketik SIMPAN.
Nota: Jika berbilang label digunakan pada sembang atau mesej, label akan kelihatan bertindan.
Mencari kandungan berlabel
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Ketik SEMBANG > Pilihan lain
    > Label.
  3. Ketik pada label.
Daripada skrin SEMBANG, anda juga boleh mengetik pada foto profil pelanggan atau ikon grup untuk melihat semua label yang dikaitkan dengan sembang tersebut.
Mengurus label
Ketik SEMBANG > Pilihan lain
> Label. Ketik label yang ingin anda uruskan. Anda boleh membuat perubahan berikut:
  • Mengedit label: ketik pada label > Pilihan lain
    > Edit label.
  • Mengubah warna label: ketik pada label > Pilihan lain
    > Pilih warna.
  • Memadamkan label: ketik pada label > Pilihan lain
    > Padam label > YA.
  • Mencipta siaran baharu: ketik pada label > Pilihan lain
    > Mesej pelanggan. Ketik tanda semak
    untuk mendraf dan menghantar mesej anda.
    • Nota: Mesej siaran yang dicipta menggunakan label tidak boleh dihantar kepada grup. Hanya pelanggan individu akan menerima mesej siaran yang dicipta menggunakan label.
Petua Perniagaan: Mencipta label untuk sembang seperti "Pelanggan baharu" dan "Pelanggan setia" membantu anda menjejak tabiat perbelanjaan pelanggan.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak