Melihat mesej "Nombor telefon anda disekat daripada menggunakan WhatsApp. Sila hubungi sokongan untuk mendapatkan bantuan."


Jika akaun anda telah disekat, anda akan menerima mesej berikut dalam aplikasi WhatsApp Business:
Nombor telefon anda disekat daripada menggunakan WhatsApp. Sila hubungi sokongan untuk bantuan.
Sila ambil perhatian bahawa kami akan menyekat akaun jika kami percaya bahawa aktiviti akaun tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami. Sila semak bahagian "Penggunaan Perkhidmatan Kami yang Wajar" pada Terma Perkhidmatan kami dengan teliti untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan aplikasi WhatsApp Business yang bersesuaian, dan aktiviti-aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami.
Kami mungkin tidak akan memberikan amaran sebelum menyekat akaun anda. Jika anda merasakan akaun anda telah disekat secara tidak sengaja, sila hantarkan e-mel kepada kami dan kami akan menyelidik kes anda.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak