Cara mengosongkan ruang pada WhatsApp

Android
iPhone
Anda boleh melihat saiz ruang yang digunakan oleh WhatsApp pada peranti anda dan mengosongkan storan dengan memadamkan item.
Melihat storan
  1. Pada tab SEMBANG, ketik
    > Tetapan.
  2. Ketik Storan dan data > Urus storan.
Saiz ruang yang digunakan oleh WhatsApp pada peranti anda dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Menyemak dan memadam item
Anda boleh mengosongkan ruang storan dengan memadam item yang bersaiz besar atau yang telah dimajukan banyak kali. Anda juga boleh memadam item bagi setiap sembang.
Menyemak item
  1. Pada tab SEMBANG, ketik
    > Tetapan.
  2. Ketik Storan dan data > Urus storan.
  3. Ketik Dimajukan banyak kali, Lebih besar daripada 5 MB atau pilih sembang khusus.
  4. Anda boleh mengetik ikon isih untuk mengisih mengikut Paling baru, Paling lama atau Paling besar.
    • Saiz fail item dipaparkan di sudut atas item tersebut.
  5. Ketik pada item untuk menyemak. Anda juga boleh:
    • Melihat sembang asal datangnya item tersebut dan waktu item dihantar: Ketik Lagi
      > Tunjukkan dalam sembang.
    • Membintangkan atau mengenyahbintangkan item: Ketik
      atau
      .
Memadam item
Jika anda memilih untuk memadam item, item tersebut akan dipadamkan daripada media WhatsApp anda. Item yang telah dipadam mungkin masih disimpan pada peranti anda. Jika anda mempunyai berbilang salinan item, anda juga perlu memadam semua salinan supaya dapat mengosongkan ruang.
  1. Pada tab SEMBANG, ketik
    > Tetapan.
  2. Ketik Storan dan data > Urus storan.
  3. Ketik Dimajukan banyak kali, Lebih besar daripada 5 MB atau pilih sembang khusus.
  4. Anda boleh:
    • Padam semua item: Ketik Pilih semua jika anda ingin memadam semua item sekali gus.
    • Padam item tertentu: Ketik dan tahan item yang ingin anda padamkan. Pilih item tambahan untuk memadam pelbagai item sekali gus.
  5. Ketik
    .
    • Pilih Padam item berbintang untuk memadam item berbintang.
    • Pilih Padam sebarang salinan untuk memadam pendua.
  6. Ketik PADAM.
Memadam item melalui carian
Anda juga boleh memadam item tertentu dengan menggunakan ciri carian.
  1. Pada tab SEMBANG, ketik
    .
  2. Ketik Foto, Video atau Dokumen.
  3. Ketik item yang ingin anda padamkan.
  4. Ketik Lagi
    > Padam.
    • Sebagai pilihan, ketik Padam media dalam sembang ini.
  5. Ketik PADAM.
Amaran storan rendah
Jika saiz storan yang tersedia yang tersedia pada peranti anda mencapai tahap rendah yang kritikal, WhatsApp mungkin tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya ini berlaku, WhatsApp mungkin akan memprom anda untuk mengosongkan storan untuk terus menggunakan aplikasi.
Anda juga boleh mengosongkan ruang dengan memadamkan aplikasi atau video, foto atau fail bersaiz besar yang disimpan pada telefon anda. Untuk mengetahui cara mengosongkan ruang storan pada telefon anda di luar daripada WhatsApp, sila hubungi pengeluar telefon anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak