Perihal sekatan akaun


Jika akaun anda disekat, anda akan melihat mesej berikut apabila anda membuka WhatsApp: "Akaun ini tidak dibenarkan untuk menggunakan WhatsApp."
Kami akan menyekat akaun jika kami percaya bahawa aktiviti akaun tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami, sebagai contoh, jika melibatkan spam, penipuan atau merisikokan keselamatan pengguna WhatsApp.
Jika anda merasakan bahawa akaun anda telah disekat secara tidak sengaja, sila e-mel kami atau ketik minta semakan dalam aplikasi dan kami akan meneliti kes anda. Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kami selesai melakukan semakan.
Apabila anda meminta semakan dalam aplikasi, anda akan diprom untuk memasukkan kod pendaftaran 6 digit yang dihantar kepada anda melalui SMS. Setelah anda memasukkan kod tersebut, anda akan dapat menghantar permintaan anda untuk semakan dan menambahkan butiran untuk menyokong kes anda.
Kami mengesyorkan agar anda menyemak dengan teliti bahagian “Penggunaan Perkhidmatan Kami Yang Boleh Diterima” pada Terma Perkhidmatan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan WhatsApp yang sewajarnya dan aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak