Cara melihat kedai Facebook di WhatsApp

Nota: Selepas 28 September 2022, pengguna WhatsApp Business tidak lagi dapat memaparkan Halaman kedai mereka pada aplikasi WhatsApp Business. Alat dagang lalai pada WhatsApp akan menjadi katalog yang merupakan halaman kedai mudah alih yang dapat anda kendalikan secara terus dalam aplikasi WhatsApp Business. Ketahui lebih lanjut tentang pengemaskinian ini di sini.
WhatsApp membenarkan perniagaan memautkan akaun WhatsApp Business mereka pada kedai Facebook, memudahkan pelanggan menerokai produk dan perkhidmatan yang dipaparkan pada kedai tanpa meninggalkan WhatsApp.
Perniagaan yang telah memautkan akaun mereka pada kedai Facebook akan mempunyai ikon beg beli-belah yang kelihatan di sebelah nama mereka dalam sembang.
Menerokai kedai Facebook di WhatsApp
  1. Buka sembang dengan perniagaan yang mempunyai kedai yang ingin diterokai.
  2. Ketik ikon beg beli-belah di sebelah nama mereka.
  3. Kedai Facebook mereka akan dibuka di WhatsApp. Dari sini, gunakan bar carian untuk mencari item tertentu atau tatal kedai untuk menerokai semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.
Sumber berkaitan
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak