Â
Cara menambah kenalan
Android
KaiOS
iPhone
Anda boleh menambahkan kenalan melalui WhatsApp atau buku alamat telefon anda.
Menambahkan kenalan melalui WhatsApp
- Tekan Sembang baharu > Opsyen > Tambah kenalan baharu.
- Pada JioPhone atau JioPhone 2, anda perlu memilih jika anda ingin menyimpan kenalan pada Memori telefon atau Memori SIM.
- Masukkan nama dan nombor telefon kenalan > tekan SIMPAN.
- Kenalan tersebut akan dipaparkan secara automatik dalam senarai kenalan anda. Sekiranya kenalan tidak kelihatan, tekan Sembang baharu > Opsyen > Muat semula kenalan.
Menambahkan kenalan melalui buku alamat telefon anda
- Tekan Kenalan pada menu aplikasi.
- Tekan Kenalan baharu atau Baharu.
- Pada JioPhone atau JioPhone 2, anda perlu memilih jika anda ingin menyimpan kenalan pada Memori telefon atau Memori SIM.
- Masukkan nama dan nombor telefon kenalan > tekan SIMPAN.
- Kenalan tersebut akan dipaparkan secara automatik dalam senarai kenalan WhatsApp anda. Sekiranya kenalan tidak kelihatan, buka WhatsApp, kemudian tekan Sembang baharu > Opsyen > Muat semula kenalan.
Nota: Anda boleh memadamkan kenalan daripada buku alamat telefon anda, tetapi anda tidak boleh memadamkan kenalan daripada WhatsApp.