Cara memformat mesej anda

WhatsApp membenarkan anda untuk memformat teks dalam mesej anda. Sila ambil perhatian bahawa ciri ini tidak boleh dinyahdayakan.
Italik
Untuk mengitalikkan mesej anda, letakkan tanda garis bawah (underscore) pada kedua-dua sisi teks:
_teks_
Tebal
Untuk menebalkan mesej anda, letakkan tanda asterisk pada kedua-dua sisi teks:
*teks*
Tampak tembus
Untuk menampak tembus mesej anda, letakkan tanda tilde pada kedua-dua sisi teks:
~teks~
Monospace
Untuk fon monospace pada mesej anda, letakkan tiga tanda tik belakang pada kedua-dua sisi teks:
```teks```
Nota:
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan pintasan pada Android dan iPhone.
  • Android: Ketik dan tahan teks yang anda masukkan dalam medan teks, kemudian pilih Tebal, Italik atau Lagi
    . Ketik Lagi
    untuk memilih Tampak tembus atau Monospace.
  • iPhone: Ketik teks yang anda masukkan dalam medan teks > Pilih atau Pilih Semua > B_I_U. Kemudian pilih Tebal, Italik, Tampak tembus atau Monospace.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak