Cara memadamkan mesej

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh memadamkan mesej hanya untuk diri sendiri atau meminta mesej itu dipadamkan untuk semua orang.
Memadam mesej untuk semua orang
Memadamkan mesej untuk semua orang membenarkan anda untuk memadamkan mesej tertentu yang telah anda hantar sama ada kepada sembang individu atau kumpulan. Tindakan ini berguna terutamanya jika anda telah menghantar mesej kepada sembang yang salah atau jika mesej yang anda hantar mengandungi kesilapan.
Mesej yang berjaya dipadamkan untuk semua orang akan digantikan dengan:
Anda telah memadamkan mesej ini
Mesej yang pengirim padamkan untuk semua orang akan digantikan dengan:
Mesej ini telah dipadamkan
Cara memadamkan mesej untuk semua orang:
  1. Dalam sembang individu atau sembang kumpulan, pilih mesej yang ingin anda padamkan.
  2. Tekan Pilihan > Padam > Padam untuk semua orang.
Nota:
  • Untuk memastikan mesej berjaya dipadamkan untuk semua orang, anda dan penerima mesti menggunakan WhatsApp versi yang terkini.
  • Penerima yang menggunakan WhatsApp untuk iOS mungkin masih mempunyai media yang anda hantar disimpan pada Foto mereka, walaupun selepas mesej dipadamkan daripada sembang WhatsApp.
  • Penerima mungkin dapat melihat mesej anda sebelum mesej dipadamkan atau jika pemadaman tidak berjaya.
  • Anda tidak akan dimaklumkan jika pemadaman untuk semua orang tidak berjaya.
  • Anda hanya mempunyai kira-kira satu jam selepas anda menghantar mesej untuk Padamkan untuk Semua Orang.
  • Memadamkan berbilang mesej sekali gus tidak disokong oleh KaiOS.
Memadam mesej untuk diri sendiri
Anda boleh memadamkan salinan mesej yang telah anda hantar atau terima daripada telefon anda. Tindakan ini tidak akan menjejaskan sembang penerima anda. Penerima anda masih akan melihat mesej tersebut pada skrin sembang mereka.
Untuk memadamkan mesej untuk diri sendiri:
  1. Dalam sembang individu atau sembang kumpulan, pilih mesej yang ingin anda padamkan.
  2. Ketik Pilihan > Padam > Padam untuk saya.
Sumber berkaitan:
Cara memadamkan mesej: Android | iPhone
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak