Cara memindahkan data WhatsApp anda daripada Android kepada iPhone

Jika anda beralih daripada telefon Android kepada iPhone, anda boleh memindahkan maklumat akaun, foto profil, sembang individu, sembang kumpulan, sejarah sembang, media dan tetapan anda. Anda tidak boleh memindahkan sejarah panggilan atau nama paparan anda.
Apakah yang saya perlukan?
  • Android OS Lollipop, SDK 21 atau kemudian, atau Android 5 atau kemudian yang dipasangkan pada peranti Android anda
  • iOS 15.5 atau kemudian yang dipasangkan pada iPhone anda
  • Aplikasi Pindah ke iOS yang dipasangkan pada telefon Android anda
  • WhatsApp iOS versi 2.22.10.70 atau kemudian pada peranti baharu anda
  • WhatsApp Android versi 2.22.7.74 atau kemudian pada peranti lama anda
  • Menggunakan nombor telefon yang sama dengan nombor telefon lama anda pada peranti baharu
  • iPhone anda mestilah baharu dari kilang atau ditetapkan kepada tetapan kilang semula untuk dipasangkan dengan aplikasi Pindah ke iOS dan memindahkan data daripada telefon Android anda
  • Kedua-dua peranti anda mestilah disambungkan kepada sumber kuasa
  • Kedua-dua peranti anda perlu disambungkan melalui rangkaian Wi-Fi yang sama atau anda perlu menyambungkan peranti Android anda kepada hotspot iPhone anda
Memindahkan daripada Android kepada iPhone
  1. Buka aplikasi Pindah ke iOS pada telefon Android anda dan ikuti arahan pada skrin.
  2. Kod akan dipaparkan pada iPhone anda. Apabila diprom, masukkan kod tersebut pada telefon Android anda.
  3. Ketik Teruskan dan ikuti arahan pada skrin.
  4. Pilih WhatsApp pada skrin Pindahkan Data.
  5. Ketik MULA pada telefon Android anda, dan tunggu WhatsApp menyediakan data untuk tujuan mengeksport. Anda akan didaftar keluar daripada telefon Android anda sebaik sahaja data disediakan.
  6. Ketik SETERUSNYA untuk kembali kepada aplikasi Pindah ke iOS.
  7. Ketik TERUSKAN untuk memindahkan data daripada telefon Android anda kepada iPhone dan tunggu aplikasi Pindah ke iOS mengesahkan bahawa pemindahan telah selesai.
  8. Pasangkan WhatsApp versi yang terkini daripada App Store.
  9. Buka WhatsApp dan log masuk menggunakan nombor telefon sama yang digunakan pada peranti lama anda.
  10. Ketik Mula apabila diprom, dan benarkan proses tersebut selesai.
  11. Selesaikan pengaktifan peranti baharu anda dan sembang anda akan tersedia.
Nota: Tindakan pergi ke Fail dan memilih folder WhatsApp dalam aplikasi Pindah ke iOS tidak disokong semasa proses pemindahan.
Apakah yang berlaku kepada data saya?
  • Data yang telah dipindahkan tidak pergi ke storan awan hasil daripada perpindahan sehingga anda mencipta sandaran iCloud.
  • WhatsApp tidak dapat melihat data yang anda pindahkan.
  • Telefon Android anda masih akan menyimpan data anda melainkan anda memadamkan WhatsApp atau mengosongkan telefon anda.
Apakah mesej yang boleh dipindahkan kepada telefon baharu saya?
Anda boleh memindahkan:
  • Mesej peribadi
Anda tidak boleh memindahkan:
  • Mesej pembayaran rakan ke rakan
Bolehkah saya memindahkan sejarah panggilan saya?
Sejarah panggilan WhatsApp anda tidak boleh dipindahkan daripada telefon Android kepada iPhone.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak