Cara menukar tetapan pentadbir grup

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Secara lalai, mana-mana peserta boleh menghantar mesej dan menukar maklumat kumpulan termasuk, subjek, ikon atau deskripsi kumpulan. Walau bagaimanapun, seorang pentadbir kumpulan boleh menukar seting kumpulan untuk membenarkan pentadbir sahaja yang boleh mengedit info kumpulan, menghantar mesej atau meluluskan peserta.
Menukar tetapan info kumpulan
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian ketik subjek kumpulan.
    • Sebagai alternatif, ketik dan tahan kumpulan tersebut dalam tab Sembang. Kemudian, ketik Pilihan lain
      > Info kumpulan.
  2. Ketik Tetapan kumpulan > Edit tetapan kumpulan.
  3. Pilih untuk membenarkan Semua peserta atau Pentadbir sahaja yang boleh mengedit info kumpulan.
  4. Ketik OK.
Menukar tetapan mesej kumpulan
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian ketik subjek kumpulan.
    • Sebagai alternatif, ketik dan tahan kumpulan tersebut dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
      > Info kumpulan.
  2. Ketik Tetapan kumpulan > Hantar mesej.
  3. Pilih untuk membenarkan Semua peserta atau Pentadbir sahaja yang boleh menghantar mesej.
  4. Ketik OK.
Peserta boleh terus menghubungi pentadbir dengan mengetik pentadbir dalam kumpulan, kemudian mengetik nama pentadbir yang ingin dihantarkan mesej.
Menukar keizinan menyertai kumpulan
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian ketik subjek kumpulan.
    • Sebagai alternatif, ketik dan tahan kumpulan tersebut dalam tab Sembang. Kemudian, ketik Pilihan lain
      > Info kumpulan.
  2. Ketik Tetapan kumpulan.
  3. Pilih untuk menghidupkan tetapan Luluskan peserta baharu.
    • Apabila tetapan dihidupkan, pentadbir mesti meluluskan sesiapa sahaja yang ingin menyertai kumpulan tersebut.
    • Apabila tetapan ini dimatikan, kumpulan ini terbuka untuk disertai tanpa kelulusan pentadbir.
  4. Ketik OK.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak