Penyedia perkhidmatan WhatsApp anda
Efektif pada 27 April 2023
Jika anda tinggal di negara atau wilayah yang disenaraikan di bawah (“Rantau Eropah,” termasuk negara-negara di Kesatuan Eropah), perkhidmatan WhatsApp anda disediakan oleh WhatsApp Ireland Limited, yang juga merupakan pengawal data anda yang bertanggungjawab atas maklumat anda apabila anda menggunakan perkhidmatan WhatsApp:
Andorra, Austria, Azores, Belgium, Bulgaria, Kepulauan Canary, Kepulauan Channel, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Guiana Perancis, Jerman, Gibraltar, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Ireland, Isle of Man, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Madeira, Malta, Martinique, Mayotte, Monaco, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Republik Cyprus, Réunion, Romania, San Marino, Saint-Martin, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom, pangkalan berdaulat di Cyprus (Akrotiri dan Dhekelia), dan Vatican City.
Sekiranya anda tidak tinggal di salah satu negara atau wilayah yang disenaraikan di atas, perkhidmatan WhatsApp anda disediakan oleh WhatsApp LLC.
Jika anda tinggal di Ireland Utara, England, Scotland, Wales (secara kolektif, “UK”), perkhidmatan WhatsApp anda disediakan oleh WhatsApp LLC, yang juga merupakan pengawal data anda yang bertanggungjawab untuk maklumat anda apabila anda menggunakan perkhidmatan WhatsApp.