Cara menyebut dalam grup
Jika anda dalam grup bersama seseorang, anda boleh menyebut mereka dalam mesej dengan menaip simbol “@” dan memilih nama kenalan tersebut. Apabila anda menyebut seseorang, pemberitahuan akan dihantar kepada kenalan tersebut, yang memberitahu mereka bahawa nama mereka telah disebut.
Nota: Menyebut seseorang dalam grup akan membatalkan sebarang pemberitahuan penyenyapan yang telah ditetapkan oleh kenalan tersebut untuk grup itu, melainkan jika mereka telah menyenyapkan sembang individu dengan anda.
Jika anda tidak aktif sebentar dalam grup, anda boleh melihat mesej-mesej yang menyebut anda atau yang membalas kepada anda dengan mengetik butang "@" yang muncul di sudut bawah grup.