Tidak dapat mencipta atau memulihkan sandaran iCloud

iPhone
Jika anda menghadapi masalah membuat sandaran atau memulihkan sembang daripada iCloud, cuba langkah penyelesaian masalah di bawah.
Tidak dapat mencipta sandaran
Jika anda tidak dapat mencipta sandaran iCloud:
  • Sahkan bahawa anda didaftar masuk dengan ID Apple yang anda gunakan untuk mengakses iCloud.
  • Sahkan bahawa iCloud Drive telah dihidupkan. Pergi ke Seting iPhone > ketik pada nama anda > iCloud > pastikan bahawa iCloud Drive anda telah dihidupkan.
  • Matikan dan hidupkan iCloud Drive semula. Pergi ke Seting iPhone > ketik pada nama anda > iCloud > matikan dan hidupkan iCloud Drive semula.
  • Jika anda telah menghidupkan iCloud Drive pada sebarang peranti menggunakan ID Apple anda, kemas kini kepada iOS 12 atau lebih baharu untuk membuat sandaran.
  • Sahkan bahawa anda mempunyai ruang yang mencukupi pada akaun iCloud anda untuk membuat sandaran. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2.05 kali ruang tersedia pada akaun iCloud berbanding dengan saiz sebenar sandaran anda.
  • Jika anda cuba untuk membuat sandaran melalui rangkaian data selular, dayakan penggunaan data selular untuk iCloud.
  • Membuat sandaran secara manual dengan pergi ke Seting WhatsApp > Sembang > Sandaran Sembang > Sandarkan Sekarang.
  • Cuba buat sandaran secara manual pada rangkaian yang berbeza. Sebaik-baiknya rangkaian yang sering anda sambungkan.
Tidak dapat memulihkan sandaran
Jika anda tidak dapat memulihkan sandaran iCloud:
  • Sahkan bahawa anda cuba memulihkan data daripada nombor telefon dan akaun iCloud yang sama dengan sandaran yang telah dibuat.
  • Jika anda memulihkan sandaran yang disulitkan hujung ke hujung, anda menggunakan kata laluan atau kekunci yang betul.
  • Sahkan bahawa terdapat ruang yang mencukupi pada iPhone anda untuk memulihkan sandaran tersebut. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2.05 kali ruang tersedia pada akaun iCloud dan telefon anda berbanding dengan saiz sebenar sandaran anda.
  • Jika sandaran dibuat dengan menggunakan iCloud Drive, anda hanya dapat memulihkan sandaran itu pada iPhone yang menggunakan iOS 12 atau lebih baharu.
  • Jika anda telah menghidupkan iCloud Drive pada mana-mana peranti dengan menggunakan ID Apple anda, anda tidak akan dapat memulihkan data pada iPhone kecuali jika peranti tersebut menggunakan iOS 12 atau lebih baharu.
  • Cuba proses pemulihan daripada rangkaian yang berbeza. Sebaik-baiknya rangkaian yang sering anda gunakan untuk bersambung.
  • Matikan dan hidupkan iCloud Drive semula. Pergi ke Seting iPhone > ketik pada nama anda > iCloud > matikan dan hidupkan iCloud Drive semula.
  • Daftar keluar daripada iCloud dan mulakan iPhone anda semula dengan mematikan dan menghidupkan telefon. Kemudian, daftar masuk ke iCloud semula dan cuba pulihkan kembali.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak