Masalah menghantar atau menerima mesej
Sebab utama anda tidak dapat menghantar atau menerima mesej WhatsApp adalah kerana sambungan Internet yang lemah. Ketahui cara menyelesaikan masalah sambungan pada: Android | iPhone
Jika anda pasti bahawa telefon anda disambungkan kepada Internet, terdapat beberapa sebab mesej WhatsApp tidak dapat dihantar:
- Telefon anda perlu dimulakan semula atau dimatikan dan dihidupkan kembali.
- Kenalan yang sedang dimesej telah menyekat nombor anda. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.
- Anda belum melengkapkan proses pengesahan awal. Ketahui tentang pengesahan pada: Android | iPhone.
- Nombor kenalan yang tidak dapat menerima mesej anda pada WhatsApp tidak disimpan dengan betul pada telefon anda. Ketahui format yang betul untuk setiap nombor telefon di sini.