Cara untuk kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp

Keselamatan dan perlindungan anda dan mesej anda amat penting bagi kami. Kami ingin anda mengetahui tentang alat dan ciri yang telah kami reka untuk membantu anda kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp.
Terma Perkhidmatan Kami
Salah satu cara untuk membantu anda kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp adalah melalui Terma Perkhidmatan kami. Terma Perkhidmatan kami menggariskan aktiviti yang dilarang, termasuk perkongsian kandungan (dalam status, foto profil atau mesej) yang menyalahi undang-undang, lucah, memfitnah, mengancam, menakutkan, mengganggu, membenci, bersifat perkauman atau menyerang etnik, atau menghasut dan menggalakkan kelakuan yang menyalahi undang-undang, tidak wajar atau melanggar Terma Perkhidmatan kami. Kami akan menyekat pengguna jika kami percaya bahawa pengguna tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami.
Untuk mengetahui maklumat lanjut atau contoh aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami, sila semak bahagian “Penggunaan Perkhidmatan Kami Yang Boleh Diterima” pada Terma Perkhidmatan kami. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang sekatan akaun di sini.
Berhati-hati dengan perkara yang anda kongsikan
Kami menggalakkan anda berfikir dengan teliti sebelum anda berkongsi sesuatu dengan kenalan WhatsApp anda. Pertimbangkan sama ada anda ingin orang lain melihat perkara yang telah anda hantar.
Apabila anda berkongsi sembang, foto, video, fail atau mesej suara dengan orang lain pada WhatsApp, mereka akan mempunyai salinan mesej tersebut. Mereka akan mempunyai keupayaan untuk memajukan atau berkongsi mesej ini dengan orang lain jika mereka memilih untuk melakukannya. Untuk mendapatkan maklumat tentang ciri sekali paparan, sila baca artikel ini.
WhatsApp juga mempunyai ciri lokasi yang boleh anda gunakan untuk berkongsi lokasi anda pada mesej WhatsApp. Anda hanya patut berkongsi lokasi anda dengan orang yang anda percayai.
Ketahui lebih lanjut tentang cara menggunakan WhatsApp secara bertanggungjawab dalam artikel ini.
Ciri keselamatan dan perlindungan
Di WhatsApp, kami telah mencipta beberapa kawalan asas yang boleh anda selaraskan untuk membantu anda kekal selamat.
Tetapan privasi
Selaraskan tetapan privasi anda untuk mengawal individu yang dapat melihat maklumat anda. Anda boleh menetapkan status terakhir dilihat dan dalam talian anda, foto profil, perihalan atau status anda kepada pilihan yang berikut:
  • Semua Orang: Semua pengguna dapat melihat status terakhir dilihat dan dalam talian anda, foto profil, perihalan atau status.
  • Kenalan Saya: Hanya kenalan daripada buku alamat anda dapat melihat status terakhir dilihat dan dalam talian anda, foto profil, perihalan atau status.
  • Kenalan Saya Kecuali...: Kenalan daripada buku alamat anda, kecuali mereka yang anda kecualikan, dapat melihat status terakhir dilihat dan dalam talian anda, foto profil, perihalan atau status.
  • Tiada Sesiapa: Tiada sesiapa dapat melihat status terakhir dilihat dan dalam talian anda, foto profil, perihalan atau status.
Ketahui tentang tetapan privasi ini pada: Android | iPhone
Resit dibaca
Anda juga boleh mematikan ciri resit dibaca. Jika anda mematikan ciri resit dibaca, anda tidak akan menghantar atau menerima resit dibaca. Harap maklum bahawa resit dibaca sentiasa dihantar dalam sembang kumpulan, walaupun anda mematikan pilihan tersebut pada tetapan privasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang resit dibaca pada Android, iPhone, atau KaiOS.
Ketahui tentang tetapan privasi ini pada: Android | iPhone
Menyekat atau melaporkan kenalan dan mesej
Kami menggalakkan anda untuk melaporkan kandungan dan kenalan yang bermasalah kepada kami. Anda boleh mengawal individu yang berinteraksi dengan anda dengan menyekat kenalan tertentu atau melaporkan mesej atau kenalan pada WhatsApp. Apabila anda menerima foto atau video sekali paparan, anda boleh melaporkan akaun tersebut secara terus kepada kami daripada pemapar media. Ketahui perkara yang berlaku apabila anda menggunakan ciri sekat dan lapor kami, dan cara melakukannya, dalam artikel ini.
Sumber keselamatan tambahan
Jika anda merasakan bahawa anda atau orang lain sedang dalam bahaya, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.
Jika anda percaya seseorang ingin mencederakan diri dan anda bimbang akan keselamatan mereka, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda atau talian penting niat membunuh diri.
Jika anda menerima atau mendapati kandungan yang menunjukkan kanak-kanak didera atau dieksploitasi, sila hubungi Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (National Center for Missing and Exploited Children, NCMEC). Anda juga boleh melaporkan pengguna tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang membuat laporan di sini. Sila jangan sertakan sebarang tangkapan skrin kandungan dalam laporan anda.
Sumber berkaitan
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak