Cara memadamkan sembang

Memadamkan sembang individu
  1. Dalam tab Sembang, ketik dan tahan sembang individu yang ingin anda padamkan.
  2. Ketik Padam
    > PADAM.
Memadamkan sembang grup
Untuk memadam sembang grup, anda perlu keluar daripada grup tersebut terlebih dahulu.
  1. Dalam tab Sembang, ketik dan tahan sembang grup yang ingin anda padamkan.
  2. Ketik Lagi opsyen
    > Keluar grup > KELUAR.
  3. Ketik dan tahan sembang grup semula dan ketik Padam >
    > PADAM.
Padamkan kesemua sembang sekali gus
  1. Dalam tab Sembang, ketik Lagi opsyen
    > Tetapan > Sembang > Sejarah sembang.
  2. Ketik Padamkan kesemua sembang.
Sembang individu dan pengemaskinian status akan dipadamkan daripada tab Sembang anda. Walau bagaimanapun, sembang grup masih akan kelihatan dalam tab Sembang anda, dan anda tetap akan menjadi sebahagian daripada grup tersebut kecuali jika anda keluar daripadanya.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak