Tidak dapat melihat kenalan

Untuk pengalaman terbaik, kami mengesyorkan agar anda membenarkan WhatsApp untuk mengakses kenalan anda.
Mendaya akses kepada kenalan anda
  1. Pergi ke
    Seting iPhone > Privasi.
  2. Ketik Kenalan.
  3. Pastikan WhatsApp dihidupkan.
Sekiranya WhatsApp dikelabukan atau tidak muncul dalam seting privasi, pastikan anda tidak mempunyai sebarang sekatan ditetapkan dalam
Seting iPhone > Masa Skrin > Sekatan Kandungan & Privasi. Jika tidak, anda mungkin perlu memulihkan telefon anda. Sila lawati tapak web Sokongan Apple untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat sandaran dan memulihkan maklumat anda.
Jika anda menolak akses WhatsApp kepada kenalan telefon anda, anda masih akan dapat:
  • Menerima mesej daripada pengguna dan kumpulan WhatsApp lain.
  • Menukar seting WhatsApp.
Anda tidak akan dapat:
  • Melihat mana-mana nama kenalan dan hanya akan melihat nombor telefon.
  • Memulakan Kumpulan atau Senarai Siaran baharu.
Kenalan tidak kelihatan
Jika anda tidak dapat melihat sesetengah kenalan anda di WhatsApp, cuba perkara yang berikut:
Untuk kenalan antarabangsa:
Jika kenalan yang tidak kelihatan disimpan dalam akaun Exchange, pentadbir akaun anda mungkin tidak membenarkan WhatsApp atau aplikasi lain untuk mengakses kenalan anda. Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan:
  • Menyalin kenalan Exchange anda ke dalam buku alamat telefon anda atau iCloud.
  • Meminta pentadbir IT anda untuk menjadikan WhatsApp sebagai aplikasi terurus dalam iPhone anda.
Nota:
  • Akaun Exchange berkemungkinan merupakan akaun kerja.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak