Â
Cara berkongsi produk atau perkhidmatan dengan pelanggan
Web dan Komputer meja
Android
iPhone
Anda boleh berkongsi produk atau perkhidmatan dengan pelanggan baharu dan sedia ada dengan berkongsi katalog anda.
Petua Perniagaan: Pemilik perniagaan boleh berkongsi produk atau perkhidmatan secara proaktif dengan pelanggan mereka bagi memacu interaksi perniagaan.
Berkongsi katalog anda dalam sembang individu atau sembang kumpulan
- Buka sembang dalam apl WhatsApp Business.
- Ketik di sebelah medan teks.
- Kemudian, ketik .
- Ketik Hantar Katalog di bahagian atas.
- Ketik untuk menghantar pautan katalog.
Nota: Pautan katalog yang dicipta dalam sembang individu atau kumpulan tidak boleh disuaikan kerana pautan tersebut dijanakan secara automatik.
Berkongsi produk atau perkhidmatan anda dalam sembang individu atau sembang kumpulan
- Buka sembang dalam apl WhatsApp Business.
- Ketik di sebelah medan teks.
- Kemudian, ketik .
- Pilih produk atau perkhidmatan yang ingin anda kongsikan.
- Ketik untuk menghantar pautan item.
Nota: Pautan item dalam sembang individu atau kumpulan tidak boleh disuaikan kerana pautan tersebut dijanakan secara automatik.
Berkongsi katalog anda melalui Pengurus Katalog
- Buka aplikasi WhatsApp Business.
- Ketik Tetapan > Alatan Perniagaan > Katalog.
- Setelah anda berada dalam Pengurus Katalog, ketik Kongsi pautan untuk menghantar pautan katalog dengan menggunakan e-mel atau aplikasi pemesejan pihak ketiga yang lain.
Anda juga boleh berkongsi katalog anda daripada Pengurus Katalog dengan mengetik salah satu daripada pilihan yang berikut:
- Lagi> Majukan, untuk berkongsi pautan katalog dengan seseorang melalui WhatsApp.Anda boleh mencari kenalan atau memilih nama daripada senarai Orang yang kerap dihubungi.
- Lagi> Kongsi, untuk menghantar pautan katalog dengan menggunakan e-mel atau aplikasi pemesejan pihak ketiga yang lain.
- Lagi
Nota: Pautan katalog yang dicipta dalam Pengurus Katalog tidak boleh disuaikan kerana pautan tersebut dijanakan secara automatik.
Berkongsi sesuatu produk atau perkhidmatan melalui Pengurus Katalog
- Buka aplikasi WhatsApp Business.
- Ketik Tetapan > Alatan Perniagaan > Katalog.
- Pilih produk atau perkhidmatan yang ingin anda kongsikan.
- Ketik Kongsi pautan untuk menghantar pautan item dengan menggunakan e-mel atau aplikasi pemesejan pihak ketiga yang lain.
Anda juga boleh berkongsi item daripada Pengurus Katalog dengan mengetik salah satu daripada pilihan yang berikut:
- Lagi> Majukan, untuk berkongsi pautan item dengan seseorang melalui WhatsApp.Anda boleh mencari kenalan atau memilih nama daripada senarai Orang yang kerap dihubungi.
- Lagi> Kongsi, untuk menghantar pautan item dengan menggunakan e-mel atau aplikasi pemesejan pihak ketiga yang lain.
- Lagi
Nota: Pautan item yang dicipta dalam Pengurus Katalog tidak boleh disuaikan kerana pautan tersebut dijanakan secara automatik.