Cara untuk keluar dan memadam kumpulan

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Mac
Anda boleh memadamkan kumpulan untuk semua peserta sekiranya anda pentadbir kumpulan. Sebelum anda boleh memadamkan kumpulan, anda mesti mengalih keluar semua peserta, kemudian baru keluar daripada kumpulan.
Apabila anda memadamkan kumpulan, anda tidak akan melihat kumpulan tersebut dalam senarai sembang anda lagi dan sejarah sembang akan dipadamkan daripada telefon anda. Peserta lain masih akan melihat kumpulan tersebut dalam senarai sembang mereka. Namun, tiada sesiapa yang akan dapat menghantar mesej.
Mengalih keluar peserta kumpulan
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info kumpulan.
  2. Pilih peserta yang ingin anda alih keluar.
  3. Tekan Pilihan > Alih keluar daripada kumpulan > ALIH KELUAR.
Keluar daripada kumpulan
Untuk memadamkan kumpulan, anda perlu keluar daripada kumpulan tersebut terlebih dahulu.
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info kumpulan.
    • Sebagai alternatif, pilih kumpulan dalam senarai sembang anda. Kemudian, tekan Pilihan.
  2. Tekan Keluar kumpulan > KELUAR.
Memadamkan kumpulan
Selepas anda keluar daripada kumpulan, anda mempunyai pilihan untuk memadamkan kumpulan tersebut.
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info kumpulan > Padam kumpulan.
    • Sebagai alternatif, pilih kumpulan dalam senarai Sembang anda. Kemudian, tekan Pilihan > Padam.
  2. Tekan OK.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak