Â
Cara untuk keluar dan memadam grup
Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh memadamkan grup untuk semua peserta sekiranya anda pentadbir grup. Sebelum anda boleh memadamkan grup, anda mestilah mengalih keluar semua peserta grup, dan kemudian keluar daripada grup.
Apabila anda memadamkan grup, anda tidak akan melihat grup tersebut dalam senarai sembang anda lagi dan sejarah sembang akan dipadamkan daripada telefon anda. Peserta lain masih akan melihat grup tersebut dalam senarai sembang mereka. Namun, tiada sesiapa yang akan dapat menghantar mesej.
Mengalih keluar peserta grup
- Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
- Ketik nama peserta > Alih keluar daripada Grup > Alih keluar.
Keluar daripada grup
Selepas mengalih keluar semua peserta, anda perlu keluar daripada grup tersebut.
- Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
- Sebagai alternatif, leret grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi.
- Ketik Keluar Grup > Keluar Grup.
Memadam grup
Selepas anda keluar daripada grup, anda akan mempunyai pilihan untuk memadamkan grup tersebut.
- Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
- Sebagai alternatif, leret grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi.
- Ketik Padam Grup > Padam Grup.