Â
Cara melihat katalog
Anda boleh melihat produk atau perkhidmatan perniagaan dalam katalog mereka. Jika mereka mempunyai katalog, anda boleh menemukan katalog pada profil perniagaan mereka.
Melihat katalog perniagaan
- Buka sembang anda dengan perniagaan.
- Ketik nama perniagaan untuk melihat profil WhatsApp Business mereka.
- Ketik LIHAT SEMUA di sebelah KATALOG.
Di samping itu, jika perniagaan mempunyai katalog yang aktif, anda boleh mengetik butang beli-belah (
pada Android atau
pada iPhone) pada sembang dengan perniagaan untuk mengakses katalog mereka secara terus.


Untuk mengongsikan keseluruhan katalog atau item tertentu, ketik ikon pautan dan pilih salah satu perkara yang berikut:
- Hantar pautan melalui WhatsApp: mengongsikan pautan item/katalog terpilih dengan orang lain melalui WhatsApp
- Salin pautan: menyalin pautan
- Kongsi pautan: mengongsikan item/katalog terpilih melalui e-mel atau aplikasi pemesejan lain
Sumber berkaitan
Cara berkongsi produk atau perkhidmatan daripada katalog: Android | iPhone | Web dan Desktop