Perihal katalog

Pengguna apl WhatsApp Business boleh mempamerkan serta berkongsi produk dan perkhidmatan mereka dengan pelanggan secara mudah dengan mencipta katalog. Katalog tersebut dipaparkan pada profil perniagaan.
Setiap produk atau perkhidmatan dalam katalog mempunyai tajuk yang unik di samping maklumat opsyenal seperti harga, deskripsi, pautan tapak web dan kod produk. Maklumat pengenalpastian berikut memudahkan pengguna untuk mengenal pasti produk dalam katalog tersebut. Pemilik perniagaan boleh memuat naik sebanyak maksimum 500 produk atau perkhidmatan pada katalog mereka.
Katalog yang dikemas kini membolehkan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada untuk menyemak lalu produk atau perkhidmatan sesuatu perniagaan dan berhubung dengan perniagaan tersebut. Para pelanggan boleh memilih produk atau perkhidmatan yang mereka minati dan berkongsinya dengan rakan mereka atau menghantar mesej kepada perniagaan untuk sebarang pertanyaan.
Perkongsian katalog membolehkan perniagaan kecil mempromosikan katalog mereka dan mencapai lebih ramai bakal pelanggan. Pengguna WhatsApp Business boleh menghantar seluruh katalog kepada pelanggan yang telah berhubung dengan mereka. Mereka juga boleh berkongsi pautan katalog mereka di mana-mana, melalui media sosial dan platform lain bagi membolehkan lebih ramai bakal pembeli menjumpai perniagaan mereka dan terus menghantar mesej tentang produk atau perkhidmatan.
Nota: Meletakkan harga pada katalog hanya tersedia di sesetengah negara.
Sumber berkaitan
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak