Perihal kebenaran WhatsApp

Untuk menggunakan foto dan video anda di WhatsApp, anda perlu memberikan kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses Foto pada iPhone anda. Jika anda menolak kebenaran untuk menggunakan foto, anda akan melihat isyarat ini:
Beri kebenaran
Anda boleh memberikan kebenaran dengan menukar seting privasi iPhone.
  1. Pergi ke Seting iPhone
    > Privasi.
  2. Ketik Foto > WhatsApp > Baca dan Tulis.
Buka WhatsApp. Sekarang anda seharusnya dapat menggunakan Foto iPhone sedia ada anda dengan WhatsApp.
Jika WhatsApp dikelabukan atau tidak muncul dalam seting privasi
Pastikan anda tidak mempunyai sebarang pengehadan disetkan dalam Seting iPhone > Masa Skrin. Jika tidak, anda mungkin perlu membuat sandaran dan memulihkan telefon anda.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak