Cara mengkonfigurasi muat turun automatik

Secara lalai, WhatsApp akan memuat turun imej secara automatik melalui sambungan selular anda untuk memberi anda akses pantas kepada foto anda yang terkini. Audio dan video hanya akan dimuat turun secara automatik melalui Wi-Fi.

Anda boleh mengurus keutamaan anda dengan membuka WhatsApp > Tetapan > Storan dan Data. Di sini anda boleh memilih situasi yang akan mengarah WhatsApp untuk memuat turun media secara automatik. Ketik pada setiap jenis media dan pilih Tidak sekali-kali, Wi-Fi atau Wi-Fi dan Selular.
Nota: WhatsApp menyertai perkhidmatan lain dalam mengurangkan potensi kesesakan rangkaian mudah alih semasa pandemik koronavirus (COVID-19). Untuk membantu menambah baik isu lebar jalur rangkaian mudah alih ini, kami telah mengenyahdaya muat turun automatik untuk dokumen, video dan mesej audio di kawasan terpilih.
Tidak sesekali
Media tidak akan muat turun secara automatik. Anda perlu mengetik setiap fail secara manual untuk memuat turun.
Nota: Jika anda menetapkan tetapan Muat Turun Automatik anda kepada Tidak sekali-kali, video anda tidak akan dimuat turun secara automatik. Walau bagaimanapun, selepas anda mengetik pada butang main, video tersebut akan mula bermain dan akan meneruskan proses muat turun di latar belakang.
Wi-Fi
Media akan memuat turun secara automatik apabila anda bersambung melalui hotspot Wi-Fi seperti Internet rumah anda.
Wi-Fi dan selular
Media akan memuat turun secara automatik apabila anda mempunyai sambungan Internet.
Jika anda mempunyai pelan data terhad, kami mencadangkan agar anda mengehadkan muat turun media secara automatik apabila bersambung melalui Wi-Fi sahaja.
Sumber berkaitan:
Cara mengkonfigurasi auto muat turun pada: Android
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak