Perihal sandaran yang disulitkan hujung ke hujung

Ciri penyulitan hujung ke hujung memastikan hanya anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda boleh membaca atau mendengar mesej yang dihantar. Tiada orang perantara, mahupun WhatsApp, dapat mengakses kandungan komunikasi anda. Dengan sandaran yang disulitkan hujung ke hujung, anda boleh menambahkan perlindungan yang sama pada sandaran iCloud atau Google Drive anda.
Perlindungan kata laluan
Apabila anda mencipta sandaran yang disulitkan hujung ke hujung, mesej dan media anda disimpan dalam perkhidmatan awan. Sandaran ini dilindungi dengan kata laluan atau kekunci penyulitan 64 digit. Anda boleh menukar kata laluan anda selagi anda mempunyai akses kepada kata laluan atau kekunci anda yang sebelumnya.
Nota: Anda tidak boleh memulihkan sandaran anda jika anda kehilangan sembang WhatsApp anda dan terlupa kata laluan atau kekunci anda. WhatsApp tidak dapat mengesetkan kata laluan anda semula atau memulihkan sandaran untuk anda.
Mematikan sandaran yang disulitkan hujung ke hujung
Anda boleh menggunakan kata laluan anda atau kekunci, pengesahan biometrik, atau PIN peranti anda untuk mematikan sandaran yang disulitkan hujung ke hujung. Apabila sandaran dimatikan, mesej dan media anda tidak lagi akan disandarkan pada perkhidmatan awan secara automatik.
Sandaran tahap peranti pada iPhone
Jika iPhone anda telah mendayakan Sandaran iCloud, sejarah sembang anda dalam versi yang tidak disulitkan akan disandarkan pada iCloud. Matikan Sandaran iCloud untuk memastikan sembang dan media WhatsApp anda hanya disandarkan dengan ciri penyulitan hujung ke hujung.
Untuk mengetahui cara kami mengumpul dan memproses data anda, termasuk sandaran anda yang disulitkan hujung ke hujung, lihat Dasar Privasi WhatsApp.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak