Berkongsi pautan katalog

Android
iPhone
Katalog membolehkan pelanggan sedia ada dan berpotensi untuk menyemak lalu produk atau perkhidmatan, membuat pertanyaan dan berhubung dengan perniagaan tersebut. Pelanggan boleh memilih produk atau perkhidmatan yang mereka minati dan berkongsikannya dengan rakan-rakan atau menghantar mesej kepada perniagaan untuk sebarang pertanyaan tentang produk tersebut.
Untuk berkongsi produk atau perkhidmatan daripada katalog:
  1. Pergi ke **Katalog**
  2. Pilih item atau perkhidmatan yang ingin anda kongsikan
  3. Ketik ikon pautan
  4. Anda boleh berkongsi item tertentu dalam katalog anda dengan kenalan anda atau pembeli berpotensi di mana-mana dengan memilih salah satu pilihan berikut:
    • Hantar pautan melalui WhatsApp Business: untuk berkongsi pautan item yang dipilih dengan orang lain melalui WhatsApp
    • Salin Pautan: menyalin pautan
    • Kongsi Pautan: untuk berkongsi item yang dipilih melalui e-mel atau aplikasi pemesejan lain.
  5. Pilih sembang grup atau sembang individu yang ingin anda kongsikan item atau perkhidmatan.
  6. Ketik ikon Hantar.
Pautan yang dikongsikan akan membuka item/katalog secara langsung jika penerima melihat kandungan pautan dalam apl WhatsApp Messenger atau WhatsApp Business.
Namun, jika pautan katalog tersebut dikongsikan melalui e-mel atau pelayar, pemilih akan dibuka untuk membolehkan pengguna memilih aplikasi yang akan digunakan untuk membuka pautan tersebut.
Nota: Pautan katalog yang dikongsi mungkin tidak akan terbuka jika penerima menggunakan Android yang lebih lama daripada versi 6.0
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak