Â
Cara menggunakan kunci aplikasi Android
Android
Sebagai langkah privasi tambahan, anda boleh mendayakan kunci aplikasi untuk WhatsApp pada telefon anda. Apabila ciri ini didayakan, anda perlu menggunakan cap jari atau muka anda untuk membuka kunci akses kepada aplikasi. Anda masih boleh menjawab panggilan jika aplikasi berkunci.
Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menetapkan pengesahan biometrik seperti pengimbasan cap jari atau muka pada tetapan telefon anda.
Mendayakan kunci aplikasi
- Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain> Tetapan > Privasi.
- Tatal ke bawah dan ketik Kunci aplikasi.
- Hidupkan ciri Buka kunci dengan biometrik.
- Sentuh sensor cap jari atau imbas muka anda untuk mengesahkannya.
- Anda boleh mengetik untuk memilih tempoh masa sebelum pengesahan cap jari diprom.
- Hidupkan ciri Tunjukkan kandungan dalam pemberitahuan jika anda ingin pratonton teks mesej dalam pemberitahuan mesej baharu.
Mengenyahdayakan kunci aplikasi
- Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain> Tetapan > Privasi.
- Tatal ke bawah dan ketik Kunci aplikasi.
- Matikan ciri Buka kunci dengan biometrik.
Nota:
- Kunci cap jari hanya tersedia pada peranti Android yang mempunyai sensor cap jari dan menggunakan Android 6.0+ yang menyokong API cap jari Google.
- Pengimbasan muka hanya tersedia pada peranti Android dengan pengimbas muka.
- Ciri ini tidak disokong pada Samsung Galaxy S5, Samsung Galaxy Note 4 atau Samsung Galaxy Note 8.
- Pengesahan muka dan cap jari berlaku sepenuhnya pada peranti anda. Mengikut rekaan, WhatsApp tidak dapat mengakses maklumat biometrik yang disimpan oleh sistem operasi peranti anda.