Cara mencipta dan menyelenggara katalog

Web dan Komputer meja
Android
iPhone
Katalog yang dikemas kini membuatkan pelanggan lebih mudah berinteraksi dengan perniagaan anda. Katalog ini juga membantu mempamerkan produk dan perkhidmatan baharu anda.
Menambah produk atau perkhidmatan pada katalog anda
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business Pilihan lain
    > Tetapan > Alat perniagaan > Katalog.
    • Jika mencipta katalog baharu, ketik Tambah item baharu.
  2. Ketik ikon tambah, kemudian Tambah Imej.
  3. Ketik Galeri untuk memuat naik imej daripada galeri Foto anda atau Kamera untuk mengambil imej baharu. Anda boleh memuat naik sehingga 10 imej.
  4. Berikan nama produk atau perkhidmatan. Anda juga boleh memberikan butiran opsyenal seperti harga, deskripsi, pautan laman web dan kod produk atau perkhidmatan untuk produk yang dimuat naik.
  5. Ketik SIMPAN.
Nota: Ciri meletakkan harga pada katalog hanya tersedia di sesetengah negara.
Mengawal produk atau perkhidmatan yang boleh dilihat oleh pelanggan
Nota: Ciri ini mungkin belum tersedia untuk anda.
Menyembunyikan item katalog
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business Pilihan lain
    > Tetapan > Alat perniagaan > Katalog.
  2. Anda boleh menyembunyikan item secara individu atau pukal.
    1. Untuk menyembunyikan item tertentu, ketik pada item tersebut untuk membuka halaman butiran produk. Kemudian, ketik Pilihan lain
      > Sembunyikan > SEMBUNYIKAN.
    2. Untuk menyembunyikan item secara pukal, tekan dan tahan salah satu item yang ingin anda sembunyikan sehingga tanda semak hijau muncul. Kemudian, ketik item lain yang ingin anda sembunyikan > Sembunyikan
      > SEMBUNYIKAN.
Item tersembunyi akan tetap kelihatan pada pengurus katalog anda dengan
kelihatan atas imej item. Sekiranya anda membuka halaman butiran produk, anda juga akan melihat nota yang menyatakan bahawa anda telah menyembunyikan item ini.
Mengenyahsembunyikan item katalog
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business Pilihan lain
    > Tetapan > Alat perniagaan > Katalog.
  2. Anda boleh mengenyahsembunyikan item secara individu atau pukal.
    1. Untuk mengenyahsembunyikan satu item, ketik pada item tersebut untuk membuka halaman butiran produk. Kemudian, ketik Pilihan lain
      > Nyahsembunyikan > NYAHSEMBUNYIKAN.
    2. Untuk mengenyahsembunyikan item secara pukal, tekan dan tahan pada salah satu item yang ingin anda nyahsembunyikan. Kemudian, ketik item lain yang ingin anda nyahsembunyikan > Nyahsembunyikan
      > NYAHSEMBUNYIKAN.
Memadam produk atau perkhidmatan daripada katalog anda
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business > ketik Pilihan lain
    > Tetapan> Alat perniagaan > Katalog.
  2. Tekan dan tahan jari anda pada imej produk atau perkhidmatan yang ingin anda padamkan.
  3. Ketik ikon Padam, kemudian ketik YA.
Sebagai alternatif, pilih imej produk atau perkhidmatan yang ingin anda padam. Kemudian, ketik Pilihan lain
> Padam > PADAM.
Nota:
  • Setiap imej yang dimuat naik ke katalog tertakluk pada semakan. Semakan ini membantu mengesahkan bahawa imej, produk atau perkhidmatan memenuhi Dasar Perdagangan WhatsApp.
  • Jika akaun WhatsApp Business anda dipautkan pada kedai Facebook dan anda telah menghidupkan WhatsApp sebagai saluran jualan, katalog WhatsApp anda akan digantikan dengan kedai Facebook anda secara lalai. Tindakan ini tidak akan memadamkan atau mengubah katalog WhatsApp anda, tetapi anda dan pelanggan anda tidak dapat melihat katalog tersebut. Anda boleh kembali kepada katalog WhatsApp anda pada bila-bila masa dengan mematikan atau menyembunyikan WhatsApp sebagai saluran jualan. Ketahui cara mengendalikan saluran jualan anda dalam Pengurus Perdagangan dalam artikel ini.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak