Â
Menerima kod pengesahan tanpa memohonnya
Untuk melindungi akaun anda, WhatsApp akan menghantar pemberitahuan tolak apabila seseorang cuba untuk mendaftarkan akaun WhatsApp menggunakan nombor telefon anda. Untuk memastikan akaun anda terjamin, jangan kongsikan kod pengesahan anda dengan orang lain.
Jika anda menerima pemberitahuan ini, ini bermaksud bahawa seseorang telah memasukkan nombor telefon anda dan memohon kod pendaftaran. Ini sering berlaku jika pengguna lain tersalah menaip nombor anda apabila mereka cuba memasukkan nombor mereka sendiri untuk mendaftar. Ini juga boleh berlaku apabila seseorang cuba untuk mengambil alih akaun anda.
Jangan sekali-kali berkongsi kod pengesahan WhatsApp anda dengan orang lain. Jika seseorang cuba mengambil alih akaun anda, mereka memerlukan kod pengesahan SMS dihantar kepada nombor telefon anda untuk berbuat sedemikian. Tanpa kod ini, pengguna yang cuba mengesahkan nombor anda tidak akan dapat melengkapkan proses pengesahan dan menggunakan nombor telefon anda pada WhatsApp. Hal ini bermakna akaun WhatsApp anda kekal dalam kawalan anda.
Jika anda pemilik nombor telefon terdahulu, semak artikel ini untuk mengetahui cara menukar nombor telefon.
Nota
- WhatsApp tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk mengenal pasti individu yang sedang cuba mengesahkan akaun WhatsApp anda.
- WhatsApp adalah disulitkan hujung ke hujung dan mesej disimpan pada peranti anda, jadi seseorang yang mengakses akaun anda pada peranti lain tidak dapat membaca perbualan anda yang lalu.
Sumber
- Jika anda hilang akses kepada akaun WhatsApp anda atau mengesyaki seseorang menggunakan akaun anda, rujuk pada artikel Akaun yang dicuri.
- Jika telefon anda hilang atau dicuri, lihat artikel Telefon yang hilang atau dicuri.
- Dayakan pengesahan dua langkah untuk meningkatkan keselamatan akaun anda. Lihat artikel Perihal pengesahan dua langkah.
- Untuk mendapatkan lebih banyak petua keselamatan, sila baca artikel Petua keselamatan akaun.