Cara menggunakan senarai siaran

Dengan ciri senarai siaran, anda boleh menghantar mesej kepada beberapa kenalan anda sekali gus. Senarai siaran adalah senarai penerima mesej yang disimpan supaya anda boleh menghantar mesej siaran berulang kali kepada mereka tanpa perlu memilih kenalan anda setiap kali.
Mencipta senarai siaran
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Senarai Siaran di bahagian atas skrin Sembang.
  3. Ketik Senarai Baru di bahagian bawah skrin Senarai Siaran.
  4. Cari atau pilih kenalan yang ingin anda tambahkan.
  5. Ketik Cipta.
Ini akan mencipta senarai siaran yang baharu. Apabila anda menghantar mesej kepada senarai siaran, ia akan dihantar kepada semua penerima mesej dalam senarai tersebut yang mempunyai nombor anda disimpan pada buku alamat telefon mereka. Penerima akan menerima mesej sebagai mesej biasa. Apabila mereka membalas mesej, ia akan muncul sebagai mesej biasa dalam skrin SEMBANG. Balasan mereka tidak akan dihantar kepada penerima lain dalam senarai siaran tersebut.
Nota: Hanya kenalan yang telah menyimpan maklumat anda pada buku alamat telefon mereka akan menerima mesej siaran anda. Jika kenalan anda tidak mendapat mesej-mesej siaran anda, semak untuk pastikan mereka telah menyimpan maklumat anda pada buku alamat mereka. Senarai siaran adalah komunikasi satu kepada banyak. Jika anda ingin penerima mesej anda mengambil bahagian dalam perbualan grup, anda patut mencipta sembang grup.
Mengedit senarai siaran
  1. Buka Senarai Siaran anda.
  2. Ketik ikon “i” di sebelah senarai yang ingin anda edit.
  3. Pada skrin Info Senarai, anda boleh:
    • Mengubah nama senarai siaran anda.
    • Tambah atau buang penerima daripada senarai dengan mengetik Edit senarai...
Padam senarai siaran
  1. Ketik butang Senarai Siaran di bahagian atas skrin Sembang.
  2. Leret ke kiri senarai siaran yang ingin anda padam.
  3. Ketik Padam.
Secara alternatif, ketik Edit, kemudian ikon "" di sebelah senarai yang ingin anda padam > Padam.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak