Â
Cara menghantar media, kenalan atau lokasi
Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Berkongsi media, dokumen, lokasi atau kenalan
- Buka sembang individu atau kumpulan.
- Untuk mengambil atau melampirkan foto atau video dengan cepat, ketik . Jika tidak, ketik, kemudian ketik:
- Dokumen untuk memilih dokumen hingga 2 GB daripada telefon anda.
- Kamera untuk mengambil foto atau video baharu dengan kamera anda.
- Galeri untuk memilih foto atau video sedia ada daripada telefon anda. Ketik dan tahan untuk memilih hingga 100 imej.
- Audio untuk menghantar audio sedia ada daripada telefon anda.
- Lokasi untuk menghantar lokasi anda atau tempat berdekatan. Ketahui lebih lanjut tentang berkongsi lokasi peranti anda dalam artikel ini.
- Kenalan untuk menghantar maklumat kenalan yang disimpan pada buku alamat telefon anda melalui WhatsApp.
- Anda juga boleh memasukkan kapsyen dalam foto dan video. Leret antara foto untuk memasukkan kapsyen dalam setiap foto.
- Ketik .
Nota: Untuk melaraskan kualiti foto atau video yang dilampirkan, ketik
> Kualiti standard atau Kualiti HD > Selesai sebelum mengetik
. (Keupayaan untuk menghantar video HD mungkin tidak tersedia di semua negara pada masa ini.)


Memajukan media, dokumen, lokasi atau kenalan
- Buka sembang individu atau kumpulan.
- Ketik dan tahan jenis mesej yang ingin dimajukan. Anda boleh memilih berbilang mesej.
- Ketik .
- Pilih sembang yang ingin anda majukan mesej tersebut.
- Ketik .
Apabila anda memajukan media, dokumen, lokasi atau kenalan, anda tidak perlu memuat naik semula. Sebarang mesej yang dimajukan yang asalnya tidak dihantar oleh anda akan dipaparkan dengan label "Dimajukan".