Cara menghantar media

Android
iPhone
Web dan Komputer meja
Windows
Menghantar foto, video, dokumen, pelekat atau maklumat kenalan
  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Klik Lampirkan
    atau
    , kemudian klik:
    • Foto & Video
      untuk memilih foto atau video daripada komputer anda. Anda dapat menghantar sehingga 30 foto atau video sekali gus dan menambahkan kapsyen pada setiap foto atau video. Sebagai alternatif, anda boleh seret dan lepaskan foto atau video terus ke dalam medan teks. Terdapat had saiz 16 MB untuk setiap video yang anda hantar.
    • Kamera
      untuk mengambil foto dengan kamera komputer anda.
    • Dokumen
      untuk memilih dokumen daripada komputer anda. Sebagai alternatif, anda boleh seret dan lepaskan dokumen terus ke dalam medan teks. Saiz dokumen maksimum yang dibenarkan ialah 2 GB.
    • Kenalan
      untuk menghantar maklumat kenalan yang disimpan dalam buku alamat telefon anda melalui WhatsApp.
  3. Klik Hantar
    atau
    .
Menghantar mesej suara
  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Klik mikrofon
    atau
    dan mula bercakap melalui mikrofon komputer anda.
  3. Setelah selesai, klik
    untuk menghantar mesej suara.
Nota: Ketika merakam mesej suara, anda boleh mengklik Jeda
untuk menghentikan rakaman buat sementara dan mikrofon
atau
untuk menyambung rakaman semula. Untuk membatalkan dan memadamkan rakaman anda, klik
.
Menyimpan foto atau video pada komputer anda
  1. Klik foto atau video yang ingin disimpan.
  2. Klik Muat Turun
    atau
    . Jika diprom, klik Simpan.
Sumber berkaitan:
Cara menghantar media: Android | iPhone | KaiOS
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak