Cara memuat turun atau mengenyahpasang WhatsApp

Untuk memuat turun WhatsApp
  1. Cari WhatsApp Messenger dalam App Store Apple, kemudian ketik DAPATKAN.
  2. Buka WhatsApp dan teruskan ke skrin berikutnya dengan bersetuju kepada Terma Perkhidmatan kami.
  3. Daftar nombor telefon anda.
  4. Jika sandaran sembang anda wujud, anda boleh memulihkannya. Ketahui lebih lanjut tentang memulihkan sejarah sembang anda di sini.
  5. Masukkan nama anda.
Untuk mengenyahpasang WhatsApp
  1. Pilihan: Gunakan ciri Sandaran Sembang untuk membuat sandaran mesej anda sebelum memadamkan WhatsApp daripada peranti anda.
  2. Sentuh dan tahan ikon WhatsApp pada Skrin Utama sehingga ikon mula bergoyang-goyang.
  3. Ketik x di sudut ikon WhatsApp.
  4. Ketik Padam untuk mengalih keluar aplikasi dan kesemua datanya.
Nota: Jika anda mengalami isu dengan ID Apple, kata laluan, atau memuat turun secara umum, sila hubungi Sokongan Apple. Apple mengawal proses muat turun dan pemasangan untuk semua aplikasi iPhone. Kami tidak dapat menyelesaikan sebarang isu yang berkaitan dengan App Store Apple.
Sumber berkaitan:
  • Cara memuat turun atau mengenyahpasang WhatsApp pada Android atau KaiOS
  • Perihal iPhone yang disokong
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak