Cara menggunakan klik untuk bersembang

Ciri klik untuk bersembang WhatsApp membenarkan anda untuk memulakan sembang dengan seseorang tanpa nombor telefon mereka disimpan pada buku alamat telefon anda. Selagi anda mengetahui nombor telefon individu tersebut dan mereka mempunya akaun WhatsApp yang aktif, anda boleh mencipta satu pautan yang akan membenarkan anda untuk mula bersembang dengan mereka. Dengan mengklik pautan tersebut, sembang dengan individu tersebut akan terbuka secara automatik. Ciri klik untuk bersembang berfungsi di telefon anda dan WhatsApp Web.
Mencipta pautan anda sendiri
Gunakan https://wa.me/<number>. <number> adalah nombor telefon lengkap dalam format antarabangsa. Abaikan sebarang angka kosong, kurungan atau tanda sengkang ketika menambahkan nombor telefon dalam format antarabangsa.
Contoh:
Gunakan: https://wa.me/1XXXXXXXXXX
Jangan gunakan: https://wa.me/+001-(XXX)XXXXXXX
Mencipta pautan anda sendiri dengan mesej yang dipraisi
Mesej yang dipraisi akan muncul secara automatik dalam medan teks sembang. Gunakan https://wa.me/whatsappphonenumber/?text=urlencodedtext. whatsappphonenumber adalah nombor telefon lengkap dalam format antarabangsa dan urlencodedtext adalah mesej dipraisi dengan kod URL.
Contoh: https://wa.me/1XXXXXXXXXX?text=I'm%20interested%20in%20your%20car%20for%20sale
Untuk mencipta pautan dengan mesej dipraisi sahaja, gunakan https://wa.me/?text=urlencodedtext
Contoh: https://wa.me/?text=I'm%20inquiring%20about%20the%20apartment%20listing`
Selepas mengklik pada pautan tersebut, anda akan ditunjukkan senarai kenalan yang boleh anda hantarkan mesej.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak