Tidak dapat melihat maklumat profil kenalan

Tetapan privasi membenarkan anda untuk menyembunyikan status kali terakhir dilihat, foto profil, perihalan, status atau resit dibaca anda. Anda mungkin tidak dapat melihat maklumat seseorang disebabkan oleh cara mereka mengesetkan tetapan privasi mereka.
Jika anda tidak dapat melihat status kali terakhir dilihat, foto profil, perihalan, status atau resit dibaca seseorang, ini mungkin disebabkan oleh salah satu daripada perkara berikut:
  • Terdapat isu rangkaian sementara.
  • Anda atau pengguna telah menukar tetapan privasi untuk status kali terakhir dilihat atau foto profil.
  • Anda dan pengguna perlu menyegerakkan maklumat kenalan anda semula.
  • Anda telah disekat oleh kenalan tersebut.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak