Cara mencegah penyebaran maklumat salah

Ketahui tentang label mesej yang dimajukan
Mesej dengan label "Dimajukan” membantu anda menentukan jika rakan atau keluarga anda telah menulis mesej tersebut atau jika asal mesej tersebut adalah daripada orang lain. Apabila mesej dimajukan melalui rantaian lima atau lebih sembang, yang bermaksud sekurang-kurangnya lima pemajuan daripada pengirim asalnya, ikon anak panah berganda
dan label “Dimajukan berulang kali” akan dipaparkan. Sila semak semula fakta mesej tersebut jika anda tidak pasti penulis yang menulis mesej asal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang had pemajuan, rujuk pada artikel ini.
Menyemak pendirian anda
Berhati-hati dengan maklumat yang mengesahkan kepercayaan sedia ada anda; semak sendiri fakta sebelum mengongsi maklumat. Cerita yang sukar dipercayai biasanya tidak benar.
Semak fakta maklumat dengan sumber lain
Berita palsu sering menjadi tular, dan foto, rakaman audio, dan video boleh diedit untuk mengelirukan anda. Walaupun satu mesej itu telah dikongsikan beberapa kali, ini tidak menjadikannya benar. Jika anda menerima maklumat palsu, maklumkan kepada pengirim bahawa mereka telah menghantar maklumat yang salah dan syorkan mereka untuk mengesahkan mesej sebelum mengongsinya.
Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu mesej itu benar, kami mengesyorkan anda menyemak laman berita yang boleh dipercayai untuk mengetahui sumber cerita tersebut. Apabila satu cerita dilaporkan di berbilang tempat, dan daripada sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan berita itu adalah benar. Anda boleh merujuk penyemak fakta, atau individu yang anda percayai, untuk maklumat lanjut. Untuk senarai penyemak fakta yang bergabung dengan Rangkaian Penyemak Fakta Antarabangsa (Fact-Checking Network, IFCN), lihat artikel ini.
Jika kenalan sering menghantar berita palsu, laporkan mereka. Untuk mengetahui cara melaporkan mesej, kenalan, atau grup, baca artikel ini.
Berhati-hati dengan mesej yang kelihatan berbeza
Banyak mesej dan pautan yang tidak diingini yang anda terima mempunyai kesilapan ejaan atau tatabahasa, atau meminta anda berkongsi maklumat peribadi. Untuk mengetahui cara mengenal pasti dan mengendalikan jenis mesej ini, baca artikel ini.
Nota: Jika anda rasa bahawa anda atau orang lain berada dalam bahaya emosi atau fizikal, sila hubungi penguat kuasa undang-undang tempatan anda. Penguatkuasa undang-undang tempatan mempunyai keupayaan untuk membantu dalam situasi ini.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak