Cara untuk keluar dan memadam grup

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh memadamkan grup untuk semua peserta sekiranya anda pentadbir grup. Sebelum anda boleh memadamkan grup, anda mestilah mengalih keluar semua peserta grup, dan kemudian keluar daripada grup.
Apabila anda memadam grup, anda tidak akan melihat grup tersebut dalam senarai sembang anda lagi dan sejarah sembang akan dipadamkan daripada telefon anda. Peserta lain masih akan melihat grup tersebut dalam senarai sembang mereka. Namun, tiada sesiapa yang akan dapat menghantar mesej.
Mengalih keluar peserta grup
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup.
  2. Pilih peserta yang ingin anda alih keluar.
  3. Tekan Pilihan > Alih keluar daripada grup > ALIH KELUAR.
Keluar daripada grup
Untuk memadamkan grup, anda perlu keluar daripada grup tersebut terlebih dahulu.
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup.
    • Sebagai alternatif, pilih grup dalam senarai sembang anda. Kemudian tekan Pilihan.
  2. Tekan Keluar grup > KELUAR.
Memadam grup
Selepas anda keluar daripada grup, anda akan mempunyai pilihan untuk memadam grup tersebut.
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup > Padam grup.
    • Sebagai alternatif, pilih grup dalam senarai Sembang anda. Kemudian tekan Pilihan > Padam.
  2. Tekan OK.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak