Perihal memuat naik kenalan

Memuat naik kenalan ialah ciri opsyenal yang membolehkan anda menyemak antara kenalan dalam buku alamat peranti anda yang juga merupakan pengguna WhatsApp. Hal ini juga bermaksud kami boleh mengemas kini senarai kenalan WhatsApp anda apabila kenalan anda yang belum menggunakan WhatsApp mendaftar kemudian. Kami mengambil berat tentang privasi anda dan kami tidak berkongsi senarai kenalan anda dengan Meta Platforms Inc. atau Syarikat Meta yang lain untuk kegunaan mereka sendiri, walaupun mereka menyediakan perkhidmatan kepada kami.
Apabila anda menggunakan ciri memuat naik kenalan dan membenarkan WhatsApp akses kepada buku alamat peranti anda, WhatsApp biasanya akan mengakses dan memuat naik nombor telefon pada buku alamat anda setiap hari, namun ini bergantung pada pelbagai faktor termasuk kekerapan pengguna menggunakan WhatsApp, termasuk nombor telefon pengguna WhatsApp dan kenalan anda yang lain. Kami tidak mengumpul sebarang maklumat lain yang mungkin muncul dalam buku alamat peranti anda termasuk nama, alamat e-mel, dll.
Sekiranya mana-mana kenalan anda belum menggunakan WhatsApp, kami akan melindungi privasi mereka dengan mengendalikan nombor telefon tersebut dengan cara yang direka untuk menghalang kenalan tersebut daripada dikenal pasti oleh WhatsApp. Kami melakukannya dengan mencipta taksiran hash kriptografik nombor telefon mereka, dan kemudian memadamkan nombor tersebut. Setiap taksiran hash kriptografik disimpan pada pelayan WhatsApp dan dikaitkan dengan pengguna WhatsApp yang telah memuat naik nombor telefon yang sama sebelum taksiran dibuat supaya kami boleh menghubungkan anda dengan kenalan tersebut dengan lebih efisien apabila mereka menyertai WhatsApp.
Di samping itu, kami juga mencipta gambaran hash kriptografik nombor telefon dalam buku alamat peranti anda yang kami gunakan untuk mengesan dan memerangi penyalahgunaan ciri memuat naik kenalan. Sebagai contoh, kami menilai hash untuk menentukan sama ada terdapat perubahan yang luar biasa dalam buku alamat. Tindakan ini tidak melibatkan penjejakan atau perbandingan nombor telefon individu.
Anda boleh mengawal ciri memuat naik kenalan daripada tetapan pada peranti anda. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan ciri Memuat Naik Kenalan, anda masih boleh berkomunikasi dengan orang yang mempunyai WhatsApp, namun fungsi tertentu akan dihadkan.
Baca lebih lanjut tentang cara menggunakan WhatsApp secara bertanggungjawab dalam artikel Pusat Info kami.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak