Membina Komuniti yang Peribadi, Selamat dan Terjamin di WhatsApp

Kami sedang membina Komuniti di WhatsApp untuk kumpulan bergandingan yang memerlukan lebih banyak peralatan untuk mengatur dan mengurus perbualan mereka. Kumpulan jenis ini lazimnya disertai ahli yang mengenali satu sama lain dan diatur berdasarkan tempat atau minat yang sama.
Ibu bapa di sekolah, kelab tempatan, malah tempat kerja yang kecil kini bergantung pada WhatsApp sebagai cara utama mereka untuk kekal terhubung. Kumpulan ini memerlukan cara peribadi yang berlainan daripada media sosial untuk berhubung namun memberikan lebih banyak peralatan untuk memudahkan perbualan masa nyata berbanding saluran e-mel atau saluran siaran sahaja.
Pusat setiap Komuniti di WhatsApp ialah deskripsi serta menu kumpulan yang boleh dipilih untuk disertai oleh orang ramai. Hal ini memberikan struktur dan pengaturan kepada perbualan antara kumpulan lebih besar dan rumit yang membolehkan orang menumpukan pada perkara yang mereka anggap penting. Kami sedang membina beberapa pengemaskinian untuk memberikan cara yang peribadi, selamat dan terjamin untuk kumpulan sedemikian berhubung di WhatsApp dengan prinsip-prinsip berikut sebagai panduan kami.
Memperkasakan pentadbir
Kami sedang membina peralatan baharu bagi pentadbir untuk menguruskan perbualan antara kumpulan peribadi mereka. Pentadbir bertanggungjawab untuk mencipta dan menguruskan Komuniti di WhatsApp. Mereka boleh memilih kumpulan yang menjadi sebahagian daripada Komuniti mereka dengan membentuk kumpulan baharu atau dengan memautkan kumpulan yang sedia ada. Pentadbir Komuniti juga akan mempunyai keupayaan untuk mengenyahpaut kumpulan daripada Komuniti dan mengeluarkan ahli daripada Komuniti. Selain itu, pentadbir kumpulan boleh memadamkan sembang atau media yang tidak sesuai atau kesat daripada kesemua ahli dalam sesuatu kumpulan. Kami akan menyediakan pentadbir dengan sumber tentang cara terbaik untuk menggunakan ciri baharu ini.
Memberi pengguna lebih banyak kawalan ke atas sembang mereka
Selain menyediakan peralatan baharu untuk pentadbir, pengguna boleh mengawal interaksi mereka dalam Komuniti. Tetapan kami sekarang membolehkan pengguna untuk menentukan orang yang boleh menambahkan mereka pada kumpulan - dan tetapan ini juga akan terpakai pada Komuniti. Pengguna juga akan boleh melaporkan salah guna, menyekat akaun, dan meninggalkan Komuniti yang mereka tidak mahu lagi sertai dengan mudah. Kami juga akan menambah kebolehan untuk meninggalkan kumpulan secara senyap, supaya semua orang dalam kumpulan tidak diberitahu sekiranya ada yang tidak lagi berminat dengan sesuatu perbualan.
Had Saiz yang Wajar, Kemampuan untuk Dikesan, dan Pemajuan
Sementara aplikasi lain menyediakan sembang kumpulan tanpa had, WhatsApp bertumpu pada pembangunan produk kami untuk memenuhi keperluan organisasi dan kumpulan lain yang disertai oleh orang yang sudah pun mengenali antara satu sama lain. Tidak seperti media sosial dan perkhidmatan pemesejan yang lain, WhatsApp tidak akan menyokong kebolehan untuk mengesan atau menerokai Komuniti baharu pada perkhidmatan kami.
Untuk mengehadkan kebisingan dan lebihan muatan, hanya pentadbir Komuniti yang akan boleh menghantar mesej kepada semua ahli Komuniti - ciri ini dipanggil pengumuman kumpulan untuk komuniti. Sebagai permulaan, kami akan menyokong pengumuman komuniti untuk beberapa ribu pengguna. Ahli komuniti boleh bersembang dalam kumpulan lebih kecil yang dicipta atau diluluskan oleh pentadbir. Kami merancang peningkatan saiz kumpulan secara berperingkat sambil memberikan lebih kawalan kepada pentadbir dan pengguna.
Kami akan terus mengekang pemajuan di WhatsApp untuk memastikan perbualan kekal peribadi. Dengan pengenalan ciri Komuniti, mesej yang pernah dimajukan hanya boleh dimajukan lagi kepada satu kumpulan pada satu masa, dan bukannya kepada lima kumpulan, yang merupakan had pemajuan semasa. Kami percaya tindakan ini akan mengurangkan penularan maklumat tidak sahih yang memberikan kemudaratan dalam kumpulan komuniti.
Penyulitan Hujung ke Hujung dan Privasi Nombor Telefon
Memandangkan perbualan dalam komuniti gandingan ini bersifat peribadi, WhatsApp akan terus melindungi mesej dengan penyulitan hujung ke hujung supaya hanya ahli kumpulan masing-masing boleh melihat mesej, dan bukan orang lain. Teknologi keselamatan ini melindungi perbualan sensitif di kalangan organisasi, tempat kerja, dan kumpulan peribadi.
Untuk membantu melindungi privasi pengguna, nombor telefon anda akan disembunyikan daripada Komuniti menyeluruh dan hanya akan dapat dilihat oleh pentadbir Komuniti dan mereka yang sekumpulan dengan anda. Langkah ini akan membantu menghindari hubungan yang tidak diingini dan juga mengurangkan risiko pengikisan nombor telefon.
Mengambil Tindakan ke atas Komuniti yang menghina
Langkah dan kawalan baharu ini direka untuk memperkasakan pentadbir Komuniti dalam menangani masalah di kalangan kumpulan mereka, memandangkan pentadbir yang mengenali ahli kumpulan ini. Kami juga akan terus menggalakkan pengguna untuk melaporkan Komuniti serta mesej yang bermasalah secara terus kepada kami.
Setiap kali kami menyedari akan Komuniti yang terlibat dengan penyalahgunaan seperti mengedar bahan penderaan seksual kanak-kanak atau mengatur kekejaman atau pemerdagangan manusia, WhatsApp akan menyekat individu ahli Komuniti atau pentadbir, membubarkan Komuniti, atau menyekat kesemua ahli dalam sesuatu Komuniti. Kami akan bergantung pada maklumat tidak disulitkan termasuk nama Komuniti, deskripsi, dan laporan daripada pengguna untuk mengambil tindakan sewajarnya.
WhatsApp akan membina sokongan untuk Komuniti secara berterusan dalam beberapa bulan dan tahun yang akan datang, dan seperti selalu kami akan terus mendengar secara teliti maklum balas daripada pengguna tentang cara kami boleh membantu orang ramai berhubung secara peribadi, selamat dan terjamin.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak