Kami sedang mengemas kini Dasar Privasi kami di Wilayah Eropah

Kami sedang mengemas kini Dasar Privasi untuk pengguna kami, atas arahan ketua pengawal selia perlindungan data Eropah, Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (Irish Data Protection Commission).
Seperti biasa, kami tidak dapat membaca dan mendengar perbualan peribadi anda kerana kedua-duanya disulitkan hujung ke hujung. Perkara ini tidak akan berubah.

Kami sedar bahawa privasi merupakan kebimbangan utama pengguna kami, maka kami ingin menjelaskan bahawa: Pengemaskinian ini tidak mengubah cara kami mengendalikan perkhidmatan kami atau cara kami memproses dan menggunakan data anda. Ini juga tidak mengubah cara kami berkongsi data dengan syarikat lain termasuk Meta, syarikat induk kami.
Sebaliknya, kami telah mengatur kandungan Dasar Privasi kami dengan lebih baik dan mengemaskininya dengan maklumat tambahan, termasuk:
  • Cara kami menggunakan data: Kami telah menambahkan butiran lanjut tentang data yang dikumpulkan dan digunakan, sebab kami menyimpannya dan waktu kami memadamkan data anda, serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga kepada kami.
  • Operasi global kami: Kami telah menambahkan butiran lanjut tentang sebab kami berkongsi data merentasi sempadan untuk menyediakan perkhidmatan global kami, dan cara kami melindungi data tersebut.
  • Asas undang-undang pemprosesan data kami: Kami telah menambahkan butiran lanjut tentang sandaran asas undang-undang untuk kami memproses data anda.
Kami harap anda terus berpuas hati menggunakan WhatsApp.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak