Perihal pautan mencurigakan

Android
iPhone
Web dan Komputer meja
Sesetengah pautan yang anda terima dalam sembang, mungkin menunjukkan bahawa pautan itu mencurigakan.
Penunjuk ini muncul apabila pautan mengandungi gabungan aksara yang dianggap luar biasa. Penghantar spam mungkin menggunakan gabungan aksara ini untuk menipu anda agar anda mengetik pada pautan yang kelihatan untuk pergi kepada tapak web yang sah, tetapi sebenarnya membawa anda kepada tapak yang berniat jahat.
Berikut adalah contoh pautan yang mencurigakan:
https://ẉhatsapp.com/free-tickets
Nota: Aksara pertama kelihatan seperti abjad "w" tetapi sebaliknya adalah aksara "ẉ", yang bermaksud penghantar spam mungkin telah menipu anda agar anda melawati tapak web yang sebenarnya tidak berkaitan dengan WhatsApp.
Apabila menerima pautan, semak kandungan mesej dengan teliti. Jika pautan ditandai sebagai mencurigakan, anda boleh mengetik pautan tersebut dan mesej pop timbul akan muncul, menonjolkan aksara luar biasa dalam pautan tersebut. Kemudian anda boleh memilih untuk membuka pautan tersebut atau kembali kepada sembang.
WhatsApp akan melakukan semakan secara automatik untuk menentukan jika sesuatu pautan itu mencurigakan. Untuk melindungi privasi anda, semakan ini hanya berlaku pada peranti anda, dan WhatsApp tidak dapat melihat kandungan mesej anda disebabkan penyulitan hujung ke hujung.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk kekal selamat di WhatsApp, baca artikel ini.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak