Perihal pautan mencurigakan

Android
iPhone
Web dan Komputer meja
Mac
Sesetengah pautan yang anda terima dalam sembang, mungkin memaparkan tanda pautan itu mencurigakan.
Penunjuk ini muncul apabila pautan mengandungi gabungan aksara yang dianggap luar biasa. Penghantar spam menggunakan kombinasi aksara untuk menipu anda agar mengetik pada pautan. Pautan ini kelihatan seperti membawa anda ke tapak web yang sah, namun sebenarnya membawa anda ke tapak hasad.
Berikut ialah contoh pautan yang mencurigakan:
https://ẉhatsapp.com/free-tickets
Nota: Aksara pertama kelihatan seperti huruf "w", namun sebenarnya ialah aksara "w." Hal ini bermaksud penghantar spam mungkin telah menipu anda agar melawat tapak web yang tidak berkaitan dengan WhatsApp.
Apabila menerima pautan, semak kandungan mesej dengan teliti. Jika pautan ditandakan mencurigakan, anda boleh mengetik pautan dan mesej tetingkap timbul akan muncul. Mesej ini akan menyerlahkan sebarang aksara luar biasa dalam pautan. Kemudian anda boleh memilih untuk membuka pautan tersebut atau kembali kepada sembang.
WhatsApp akan melakukan semakan secara automatik untuk menentukan jika sesuatu pautan itu mencurigakan bagi melindungi privasi anda. Haruslah ingat bahawa WhatsApp tidak dapat melihat kandungan mesej anda disebabkan oleh ciri penyulitan hujung ke hujung.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk kekal selamat di WhatsApp, sila baca artikel ini.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak