Perihal peranti terpaut

Gunakan WhatsApp pada Web, Desktop, tablet Android, telefon pendamping, dan peranti lain dengan memautkan peranti ini pada telefon utama anda. Anda boleh menggunakan hingga empat peranti terpaut pada satu masa.
Mesej peribadi, media dan panggilan anda disulitkan hujung ke hujung. Setiap peranti terpaut akan disambungkan kepada WhatsApp secara bebas di samping mengekalkan tahap privasi dan keselamatan yang sama melalui ciri penyulitan hujung ke hujung yang sememangnya telah dijangkakan oleh mereka yang menggunakan WhatsApp.
Ketahui lebih lanjut tentang ciri penyulitan hujung ke hujung dalam artikel ini. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara kami mengumpulkan, memproses, dan berkongsi data anda, sila lihat Dasar Privasi WhatsApp.
Nota:
  • Telefon anda tidak perlu kekal dalam talian untuk menggunakan WhatsApp pada peranti terpaut, tetapi peranti terpaut anda akan dilog keluar jika anda tidak menggunakan telefon anda selama lebih 14 hari.
  • Anda memerlukan telefon utama anda untuk mendaftarkan akaun WhatsApp dan memautkan peranti baharu.
Ciri yang tidak disokong
Ciri berikut tidak disokong pada masa ini:
  • Melihat lokasi langsung.
  • Mencipta dan melihat senarai siaran.
  • Memasukkan dan memadamkan status pada peranti terpaut.
  • Berinteraksi dengan perniagaan dengan menggunakan WhatsApp Flows.
Memastikan akaun anda lebih terjamin
  • Dayakan pemberitahuan semerta pada telefon anda. Apabila mendayakan pemberitahuan semerta, anda boleh mengalih keluar peranti yang tidak anda kenali daripada dipautkan kepada akaun anda. Jika anda tidak mengenali peranti tersebut, ketik pemberitahuan untuk menyemak dan mengalih keluar peranti.
  • Periksa peranti terpaut anda dengan kerap. Pergi ke Tetapan WhatsApp > Peranti Terpaut untuk menyemak semua peranti yang dipautkan kepada akaun anda. Untuk mengelog keluar daripada peranti terpaut, ketik pada peranti > Log Keluar. Kami juga akan mengenyahsambungkan peranti terpaut secara automatik selepas 30 hari tidak aktif.
  • Anda boleh mengimbas kod QR WhatsApp atau memautkan dengan nombor telefon anda untuk memautkan peranti baharu kepada akaun anda. Hanya pautkan pada WhatsApp Web, WhatsApp Desktop, Tablet Android WhatsApp, telefon pendamping WhatsApp, atau Ray-Ban Stories.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak