Â
Cara mengkonfigurasikan muat turun automatik
Android
iPhone
WhatsApp akan memuat turun imej secara automatik melalui sambungan selular anda untuk memberi anda akses pantas kepada foto anda yang terkini.
Untuk mengkonfigurasikan muat turun foto, video atau audio secara automatik, ketik
> Tetapan > Storan dan data > Muat turun automatik media.

Di sini anda boleh memilih situasi yang akan mengarah WhatsApp untuk memuat turun media secara automatik.
Nota: WhatsApp menyertai perkhidmatan lain dalam mengurangkan potensi kesesakan rangkaian mudah alih semasa pandemik koronavirus (COVID-19). Untuk membantu menambah baik isu lebar jalur rangkaian mudah alih ini, kami telah mengenyahdaya muat turun automatik untuk dokumen, video dan mesej audio di kawasan terpilih.
Apabila menggunakan data mudah alih
Media terpilih akan memuat turun secara automatik apabila anda disambungkan melalui data selular.
Apabila bersambung melalui Wi-Fi
Media terpilih akan memuat turun secara automatik apabila anda bersambung melalui Wi-Fi.
Apabila berada dalam perayauan
Media terpilih akan memuat turun secara automatik apabila anda berada dalam perayauan.
Nota: Data perayauan sememangnya mahal. Mendayakan muat turun automatik apabila berada dalam perayauan boleh menyebabkan peningkatan caj yang ketara daripada pembekal mudah alih anda.
Media yang dimuat turun secara automatik akan dipaparkan dalam galeri anda. Untuk menghentikan media WhatsApp daripada muncul dalam galeri anda:
- Cipta fail atau folder .nomedia
- Letakkan fail atau folder .nomedia dalam folder imej, audio dan video WhatsApp anda.
Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan penjelajah fail daripada Gedung Google Play. Haruslah ingat bahawa anda boleh memadamkan fail .nomedia tersebut dan media WhatsApp akan dipaparkan semula dalam galeri anda.