Cara menukar tetapan privasi grup

WhatsApp sejak dahulu lagi membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai nombor telefon anda untuk menghantar mesej kepada anda atau memasukkan anda pada grup. Tindakan ini adalah sama seperti apabila seseorang dapat menghantar mesej SMS atau e-mel kepada anda jika mereka mempunyai maklumat kenalan anda.
Secara lalai, tetapan privasi grup anda ditetapkan kepada Semua orang supaya anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga, walaupun mereka tiada dalam senarai kenalan anda.
Sebagai privasi tambahan, kami juga telah menambahkan ciri keupayaan untuk mengawal orang yang boleh menambahkan anda pada grup dengan melaraskan Tetapan WhatsApp anda.
Nota: Perubahan kepada tetapan privasi grup tidak boleh dilakukan pada WhatsApp Web atau Desktop, tetapi tetapan daripada telefon anda akan disegerakkan dengan WhatsApp Web dan Desktop.
Menukar tetapan privasi grup
  1. Pergi ke Tetapan WhatsApp:
    • Android: Ketik Pilihan lain
      > Tetapan > Akaun > Privasi > Grup.
    • iPhone: Ketik Tetapan > Akaun > Privasi > Grup.
    • KaiOS: Tekan Pilihan > Tetapan > Akaun > Privasi > Grup.
  2. Pilih salah satu daripada pilihan berikut:
    • Semua orang: Semua orang, termasuk individu luar daripada kenalan dalam buku alamat telefon anda boleh memasukkan anda pada grup tanpa kebenaran.
    • Kenalan Saya: Hanya kenalan dalam buku alamat telefon anda boleh memasukkan anda pada grup tanpa kebenaran. Jika pentadbir grup yang tiada dalam buku alamat telefon anda cuba memasukkan anda pada grup, mereka akan menerima mesej pop timbul yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh memasukkan anda dan mereka akan diprom untuk mengetik Undang ke Grup atau tekan Teruskan, diikuti dengan butang hantar, untuk menghantar undangan ke grup secara peribadi melalui sembang individu. Anda mempunyai tiga hari untuk menerima undangan tersebut sebelum undangan tamat tempoh.
    • Kenalan Saya Kecuali...: Hanya kenalan dalam buku alamat telefon anda, kecuali mereka yang anda kecualikan boleh memasukkan anda pada grup tanpa kebenaran. Selepas memilih Kenalan Saya Kecuali... anda boleh mencari atau memilih kenalan untuk dikecualikan. Jika pentadbir grup yang anda kecualikan cuba memasukkan anda pada grup, mereka akan menerima pop timbul yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh memasukkan anda dan mereka akan diprom untuk mengetik Undang ke Grup diikuti dengan butang hantar, untuk menghantar undangan ke grup secara peribadi melalui sembang individu. Anda mempunyai tiga hari untuk menerima undangan tersebut sebelum undangan tamat tempoh.
  3. Jika diprom, ketik SELESAI atau tekan OK.
Sumber berkaitan:
Cara menyekat dan mengenyahsekat kenalan: Android | iPhone | KaiOS
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak