Perihal melihat nombor telefon anda yang sudah ada dalam WhatsApp

Semua akaun WhatsApp dipautkan pada nombor telefon mudah alih. Memandangkan adalah perkara biasa untuk nombor telefon dikitar semula oleh pembekal mudah alih, kemungkinan pemilik terdahulu nombor telefon anda telah menggunakan WhatsApp.
Jika pemilik terdahulu nombor telefon anda tidak memadamkan akaun WhatsApp mereka, anda dan kenalan anda mungkin akan melihat nombor telefon anda dalam WhatsApp sebelum anda mengaktifkan akaun baharu. Anda mungkin juga melihat foto profil dan bahagian Perihalan milik orang lain dipautkan pada nombor telefon anda.
Anda tidak perlu risau. Ini hanya bermakna bahawa akaun yang sebelumnya tidak dipadamkan, jadi maklumat lama masih wujud dalam sistem. Ini tidak bermakna bahawa pemilik terdahulu nombor telefon mempunyai sebarang akses kepada akaun WhatsApp yang anda aktifkan dengan nombor telefon baharu anda. Perbualan dan data WhatsApp anda yang lain adalah selamat.
Untuk membantu mengatasi kekeliruan dengan nombor telefon yang dikitar semula, kami mengawasi ketidakaktifan akaun. Jika akaun tidak digunakan selama 45 hari dan kemudiannya diaktifkan semula pada peranti mudah alih yang lain, kami menganggap bahawa nombor tersebut telah dikitar semula. Pada masa ini, kami akan mengalih keluar data akaun lama yang dipautkan dengan nombor telefon tersebut - seperti foto profil dan bahagian Perihalan.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak