Cara membuat pesanan menggunakan kart

Apabila anda melawat katalog perniagaan di WhatsApp, gunakan butang MESEJ PERNIAGAAN untuk memulakan perbualan atau gunakan butang TAMBAH PADA KART untuk membuat pesanan produk yang anda lihat dengan perniagaan.
Menambah produk pada kart
  1. Buka WhatsApp.
  2. Pergi ke sembang anda atau profil perniagaan yang ingin anda buat pesanan.
  3. Ketik pada ikon Butang beli-belah
    di sebelah nama perniagaan untuk mengakses katalog mereka.
  4. Setelah katalog dibuka, semak lalu produk yang ingin anda pesan.
  5. Ketik Tambah item
    di sebelah item untuk menambahkan item tersebut pada kart anda. Anda juga boleh mengetik item untuk membuka halaman butiran produk. Kemudian, ketik TAMBAH PADA KART.
    • Ketik Tambah item
      atau Keluarkan item
      untuk menentukan kuantiti item tersebut dalam kart anda.
  6. Ketik TAMBAH PADA KART pada produk jika anda ingin membuat pesanan.
Nota: Anda juga boleh mengetik MESEJ PERNIAGAAN untuk bertanya tentang produk tersebut. Untuk bertanya tentang berbilang item, tambahkan kesemua item pada kart anda dan hantar pertanyaan anda dalam satu mesej. Pesanan tidak muktamad sehingga disahkan oleh penjual.
Mengedit kart anda
  1. Ketik pada LIHAT KART atau
    untuk melihat produk yang ditambahkan pada kart anda.
  2. Ketik TAMBAH LAGI untuk menavigasi kembali ke katalog untuk menambah lebih banyak produk.
  3. Ketik Tambah item
    atau Keluarkan item
    untuk memilih kuantiti item tertentu dalam kart anda.
Membuat pesanan
  1. Setelah anda mengemas kini kart anda, ketik HANTAR KEPADA PERNIAGAAN.
  2. Setelah senarai kart dihantar, anda boleh melihat butiran pesanan anda dengan mengetik butang LIHAT KART YANG DIHANTAR dalam tetingkap sembang anda dengan penjual.
Sumber berkaitan:
  • Perihal kart
  • Cara membuat pesanan menggunakan kart pada iPhone
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak